Thursday, February 12, 2009

mengenali diriku............




Nama Fizz sebenar ialah MOHD. FIZREE BIN MONTOGOMARY. Fizz dilahirkan pada 03 Januari 1989 di Hospital Umum Sarawak. Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. fizz merupakan seorang yang "tak kenal maka tak cinta". Fizz bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli politik dan memimpin negara Malaysia. Berkecimpung dalam bidang pengacaraan dan penyiaran sejak berusia 10 tahun lagi. memulakan karier sebagai pengacara Pertandingan Bintang Kecil anjuran RTM Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak sehinggalah menjadi pengacara jemputan pelbagai rancangan kanak-kanak. Fizz juga sering diundang sebagai personaliti kecil dalam rancangan radio iaitu UNTUK MU ADIK-ADIK terbitan Syarifah Nadzrah, Sarawak FM. kerjaya dalam bidang pengacaraan dan penyiaran terhenti seketika kerana Fizz terpaksa melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah SMK Agama Matang, Kuching. bercerita mengenai peribadi Fizz, fizz adalah seorang yang tegas tetapi pemalu. Anak kepada pasangan Montogomary Montahar dan Zamkiah Ali ini, terlalu cerewet dalam memilih kawan.fizz suka kawan yang bersih peribadi dan menerima Fizz seadanya. perwatakan Fizz yang lemah lembut menyebabkan ramai yang cuba mendekati dan tidak kurang juga yang membenci.bercakap mengenai pendidikan pula, Fizz mula menjejak kaki ke sekolah pada 1996 iaitu di SK Gita Kuching (1 tahun), berpindah pula ke SK Matang Jaya pada 1997 sehingga 2001 dengan keputusan cemerlang.melanjutkan pelajaran ke SMK Agama Matang Kuching pada 2002 sehingga tahun 2004. disebabkan keputusan PMR yang tidak menggalakkan, Fizz telah berhijrah ke SMK Matang Jaya Kuching pada 2005 sehingga tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada 2008. Bakat yang dianugerah tuhan termasuk kerjasama berkumpulan telah memberi kejayaan kepada pasukan BAHAS SMK Matang Jaya yang turut disertai Fizz dengan menjadi JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak selama 4 tahun berturut-turut(2005-2008) dan Naib Johan Peringkat Kebangsaan 2 tahun berturut-turut (2007-2008) sekaligus meletakkan pasukan Bahas SMK Matang Jaya merupakan pasukan yang hebat di rantau ini. bidang perundangan merupakan bidang yang menjadi kegemaran Fizz dan bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin yang berwibawa di peringkat antarabangsa. To be continue.........

0 comments: