Saturday, March 21, 2009

Konsert Ke-2 - Adila ( Pelajar Tersingkir Konsert 2)






KUALA LUMPUR, 21 MAC 2009: Adila atau nama sebenarnya Nas Adila menjadi pelajar pertama yang tersingkir di dalam konsert minggu kedua Akadami Fantasia Musim 7 (AF7), malam tadi. Penyingkiran Adila diumumkan pengacara AC Mizal selepas peserta dari Johor Bharu itu menerima jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang terendah daripada penonton. Pada konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104), di sini, pelajar berkenaan membawakan lagu medley Merawat Luka Terpendam dipopularkan Liza Hanim dan Asyik nyanyian asal Amelina.Persembahan pelajar lain adalah Yazid menerusi (Lelaki Ini/Anuar Zain,Fikirlah/Aizat), Aril (Benar-Benar/Adam, Robot/Adam), Qhaud (Bila Naik Saksi/Spider,Lagu Untukmu/Meet Uncle Hussein), Sidi (Selamat Ulang Tahun Sayang/Imran Ajmain,Kukoo/Ferhad), Obri (Akan Tiba/Aliff,Ada Untukmu/Nubhan), Hafiz (Cinta Ini Membunuhku/D-Masiv,Toyol/Aznil) dan Akim (Satu/Dewa19/Buronan Cinta/The Lima).

Turut membuat persembahan adalah Rubisa (Dingin/Ziana Zain,Gagap/Stacy), Claudia (Ku Mahu/Siti Nurhaliza, Wanita/Siti Nurhaliza), Aishah (Coba/Faizal Tahir,Gila/Mila), Zizi (Sembilu/Ella, Wonder Women/Mulan Jameela), Rini (Aku Sindarela /Amylea,Kiblatku/Hazami) dan Isma (Jat Da Da Da/Dia Fadilla,Hello/Farah Asyikin). Dengan pemergiaan Adila, ini bermakna 13 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara AF7. Konsert minggu kedua AF7 yang bertemakan medley ini buat julung kalinya juga turut menampilkan kesemua pelajar AF7 dengan persembahan nyanyian dan tarian menerusi lagu tema Menuju Puncak tetapi dengan transformasi baru apabila dipersembahkan di awal konsert.


Sumber: Portal murai.com.my

0 comments: