Monday, April 20, 2009

AIM ada kejutan


Kehangatan Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) semakin hampir ke kemuncaknya. Khamis lalu sidang media terakhirnya telah diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur bagi mengumumkan pengacara dan penyampai anugerah pada majlis yang bakal berlangsung pada 2 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 8.30 malam.Turut diumumkan barisan artis yang akan mengadakan persembahan bagi mengisi lapan slot persembahan yang disediakan pada malam itu. Seperti tahun lalu, AIM 16 sekali lagi menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara. Bagaimanapun, kali ini pasangan ini turut ditemani oleh Bob Lokman bagi menghangatkan suasana. Menyentuh mengenai tema persembahan, menurut Ketua Jawatankuasa Penganjuran AIM16, Jennifer Thomson, seperti kebiasaannya, pihaknya akan menampilkan barisan artis yang mewarnai industri muzik sepanjang 2008.“Antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada malam itu ialah Faizal Tahir, Misha Omar, Hujan, Meet Uncle Hussain, M. Nasir, dan Sheila Majid. Bagaimanapun, ada beberapa artis lagi yang akan turut mengadakan persembahan tetapi kita tidak mahu umumkan. Ini antara kejutan yang akan berlaku di AIM16. Buat masa ini kami hanya boleh beritahu Rossa akan buat persembahan.“Selain itu, satu segmen turut diberikan kepada kumpulan Goldkartz yang menghasilkan album berkonsepkan bangra ala Malaysia dan Chakrasonic untuk mengadakan segmen khas. Artis Cina tempatan, Man Jiang Hong juga akan mengadakan persembahan. Kesemua mereka ini adalah calon dalam AIM16 tahun ini,” tambah Jennifer lagi.Persembahan daripada semua artis ini akan diiringi oleh kumpulan muzik professional di bawah pimpinan pengarah muzik, Ramli M.S. Antara penyanyi yang terpilih sebagai penyampai anugerah pula terdiri daripada Aizat, Atilia, Camelia, Dafi, Hanny Madu, Jaclyn Victor, Leya, Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, AIM mewajibkan semua hadirin ke acara berprestij ini berpakaian formal atau ‘black tie’. Kepada peminat-peminat yang ingin menghadiri AIM16, tiket-tiket sudah pun mula dijual pada harga RM50 dan boleh didapati di pejabat Akademi dengan menghubungi talian 03– 40445388.

1 comments:

Fairuz Selamat said...

hey... what the kejutan..!! i saw ur comment in sz.!! and u make me smile too...
adakah apa yang ku rasakan ini speeti yang kamu rasa..!!

harap2..!!!!!