Saturday, April 25, 2009

Penyingkiran Aril Cukup Mengejutkan!: Di mana peminat Aril??


KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2009: Seluruh penonton di dalam Dewan Sri Putra di Bukit Jalil tergamam seketika apabila mendengar pengumuman pelajar favourite, Hairil Azam Pilus atau Aril, 24, telah tersingkir daripada Akademi Fantasia 7 (AF7), sebentar tadi.Bukan sahaja penyokong Aril yang popular dengan tagline 'WOK' tetapi barisan tenaga pengajar serta pengkritik juga terkejut dengan keputusan itu kerana persembahan Aril cukup hebat dan bertenaga apabila menyanyikan lagu kumpulan Gigi, Nakal.

Mendengar keputusan hos AC Mizal yang turut menangis dan memeluk Aril itu, Cikgu Siti Hajar Ismail terus menitiskan air mata manakala pengkritik Adlin Aman Ramli, Dato' Khaty serta Abidah Noor, kelihatan menggeleng-gelengkan kepala mereka.


Sehingga siaran langsung konsert itu selesai pun, ramai penonton tidak berganjak daripada tempat duduk mereka dan masih tertanya-tanya apakah yang telah berlaku. Adakah ia berpunca daripada sikap Aril yang dilihat dalam Diari AF atau disebabkan kehadiran Marsha yang kelihatan intim dengan Aril di dalam akademi?Apapun puncanya, yang jelas itulah keputusan muktamad penonton Af7 malam tadi yang pastinya mengecewakan ramai peminat Aril.

Dari segi persembahan, pelajar malam tadi terutama lelaki memberikan showmanship yang menarik. Persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Yazid (With Or Without You/U2), Hafiz (Kau Yang Punya/Malique & Najwa) dan Akim (Situasi/Bunkface).Manakala persembahan pelajar wanita pula ialah Claudia (When You’re Gone/ Avril Lavigne), Aishah (Flora Cinta/Min Malik) dan Isma (Tak Mungkin Kerana Sayang/Alyah).

Selain lagu-lagu terbaru, konsert minggu ke-7 itu menyelitkan nostalgia buat penonton terutama kerana mempersembahkan nyanyian berkumpulan semua pelajar menerusi lagu Fiona (4U2C) dan Untukmu (Feminin).

Dengan penyingkiran Aril maka tinggal 6 lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan sebagai juara AF7.

5 comments:

Bie Atikh. said...

terkejut giler aril kuar..something wrong?

FIZZ said...

yup...
sdeh jugak!!!!
AF MASUK please!!!!!!!!

Aida said...

huh...sungguh tak adil!!sian arilll..

FIZZ said...

Siapa yg sepatutnya tersingkir??

AkuAyie said...

sy tidak stuju!!!
Arill!!! ciannyer dia.. =( wuwu...