KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2009: Nasib tidak berpihak kepada Qhaud atau Mohd Qhauhd Bin Abdul Rashid apabila dia menjadi pelajar yang tersingkir dalam konsert minggu keenam Akademi Fantasia Musim 7 (AF7), di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi. Membawakan lagu Seruan bersama kumpulan Lethanded, penyingkiran Qhaud telah diumumkan AC Mizal selaku hos selepas pelajar yang berasal dari Selangor itu menerima jumlah undian paling terendah menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton. Persembahan Qhaud pada malam ini bagaimanapun telah mendapat pujian daripada pengkritik tetapi nyata sudah terlambat untuk meraih undian penonton. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ini adalah persembahan terbaiknya setakat ini.
Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini sekali lagi menampilkan kelainan di mana pelajartelah diberikan tugasan untuk membawakan lagu daripada band muzik yang popular di Malaysia dan Indonesia iaitu Lefthanded, Estranged, Kristal serta Cokelat. Sebagai kelainan, kesemua pelajar pada kali ini turut membuat persembahan dengan iringan band muzik itu sendiri. Menariknya, mereka turut diuji untuk berkomunikasi dengan penonton. Persembahan pelajar lelaki malam tadi termasuklah Hafiz (Resam Pak Belalang/Kristal), Akim (Aurora/Estranged), Yazid (Ku Dihalaman Rindu/Lefthanded) serta Aril (Yang Pernah/Estranged). Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Keindahan Pantai/Kristal), Aishah (Segitiga/Cokelat), Isma (Salah/Cokelat). Lagu bonus adalah I Want To Break Free (Queen) dan What I've Done (Linkin Park).
Iqbal Zulkefli Kongsi Idea Nak Terbitkan Drama, Mahu Angkat Kisah Hukum
Berasmara Dalam Iddah
-
Pempengaruh, Iqbal Zulkefli tampil berkongsi mengenai idea drama yang dia
mahu terbitkan sekiranya mempunyai peluang dalam bidang tersebut. Artikel
Berka...
1 hour ago
3 comments:
bye2 Qhaud... haha
qhaud x best,,hehe,,,ktk ada ym x>
qhaud dah bagi yg terbaik smlm
dia keluar dgn bermaruah
good luck qhaud :)
btw,
org kuching yea?
bleh je jadi pmandu plancong
percuma je kan? :P
Post a Comment