Saturday, May 2, 2009

Aishah, Claudia Tersingkir.... Ada AF Masuk.......

Claudia dan Aishah terpaksa meninggalkan Isma yang kini menjadi pelajar tunggal wanita di Akademi Fantasia 7 apabila mereka berdua diumumkan tersingkir setelah mendapat undian terendah dalam Konsert Akademi Fantasia 7 seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi
Sebelum itu, Claudia telah berpasangan dengan Akim dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang manakala Aishah beraksi menarik dengan teater Impak Maksima bersama Yazid.
Bagaimanapun, Yazid dan Akim terselamat dan kekal untuk meneruskan perjuangan di Akademi Fantasia 7
Hafiz dan Isma pula telah menonjolkan kekuatan dengan penghayatan mendalam sehingga mendapat pujian daripada juri yang terdiri daripada Edrie Hashim, Dato' Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie yang bertindak sebagai pengkritik tetap menerusi
muzikal teater P Ramlee
Pada konsert kelapan ini, tugasan berat perlu dilalui setiap pelajar yang bertemakan muzikal teater.
Paling membanggakan, kesemua mereka berjaya melaksanakan tugas ini dalam tempoh kurang daripada seminggu.
Selain itu, mereka juga diberikan tugasan bonus daripada teater Puteri Gunung Ledang menerusi lagu Dewa Perang dan What Time Is It daripada teater High School Ther Musical
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
YAZID – 29
ISMA - 27
HAFIZ – 15
AKIM – 10
AISHAH – 9
CLAUDIA – 9
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
YAZID – 22
HAFIZ – 21
ISMA - 20
AKIM – 14
AISHAH – 13
CLAUDIA – 11
Dengan penyingkiran Claudia dan Aishah sebentar tadi ini bermakna, hanya tinggal empat pelajar yang masih kekal di Akademi Fantasia musim ke-7.
Tetapi berlaku sedikit kekecohan selepas pengumuman pelajar tersingkir yang dibuat AC Mizal apabila Principal Tiara mengumumkan bahawa akan diadakan AFMASUK untuk pelajar AF7 yang tersingkir.
Namun, perkembangan terkini berkenaan AFMASUK akan diberitahu kelakTeruskan menonton perkembangan pelajar-pelajar Akademi Fantasia 7 di Astro Ria (Saluran 104) dan teruskan mengundi pela

2 comments:

Fiffy Fazryan Syah Reza said...

dah dia buat lagii...melalak terus peminat c Aril...hmmmm...sejarah AFMASUK membuktikan pelajar AFMASUK xder satu pun yang lama dalam industri...oppppsssss......

FIZZ said...

btol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!