Saturday, February 14, 2009

Gambar unik..........


Seekor katak spesies Formosan enggan melepaskan ikan kap di sebuah kolam di wilayah Taitung, Taiwan. Pemilik kolam itu berkata, katak itu melekat pada ikan berkenaan selama sebulan walaupun ia bergelut untuk melepaskan pegangan itu dan usaha berulang kali pemiliknya untuk menarik reptilia itu yang akhirnya membawa kepada kematian ikan berkenaan. - Foto AFP

Bapa Datuk Siti Nurhaliza Dunia







KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, Taruddin Ismail, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Ampang Puteri, Ampang pada jam 10.40 pagi ini. Taruddin menjalani pembedahan jantung tiga hari lalu.

TEKA-TEKI


Dimana ini?? kawasan tercantik di dunia......

Budaya Hari Kekasih bercanggah syariat ISLAM






TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan Jakim membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.Laman web Spiritrestoration,org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan - indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ‘sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Labels: , , , ,



rahsia perubatan terungkai......... buah mengkudu..



SIAPA NAK BELI????? RM45 sebotol...harga promosi...
Sila hubungi STOKIS kami (KUCHING)- 0168997008



Pati NONI atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia dikenali sebagai penyembuh dan antiseptic tradisional. Ia dapat menyembuhkan luka dalaman. Ciri bakterianya membantu melindungi daripada kerosakan jantung serta sistem penghadaman.
Antara khasiat yang terkandung di dalamnya:
· SELENIUM : salah satu antioksida terbaik
· PHYTONUTRIENTS : melindungi daripada radikal-radikal bebas yang terhakis di bahagian dalam dan luar badan. Juga melambatkan prosespenuaan.
· Anti radang & Anti Histamin
· Merencatkan fungsi Pre-Kanser & pertumbuhan tumor kanser
· Mengawal tekanan darah tinggi
· Membersih & melancarkan pengaliran darah
· Meningkatkan system imunisasi atau pertahanan badan
· Membuang angin yang tidak diperlukan dalam badan
· Meningkatkan tenaga.


Secara umumnya, buah mengkudu boleh membantu
penyakit di bawah:
· Tekanan darah tinggi
· Barah
· Penyakit Jantung
· Kencing Manis
· Masalah Seksual
· Lemah badan
· Berat Badan Berlebihan
· Masalah penghadaman
· Masalah Buah Pinggang
· Fikiran serabut
· Alahan makanan seperti udang dan ketam
· Arthiritis
· Angin ahmar
· Masalah tidur
· Ketagihan merokok
· Masalah pernafasan
· Kurang Tenaga
· Batuk
· Cacing
· Gout
· Asma
· Resdung
· Gastrik
· Tumor
· Luka kecil
· Kelemumur
· Kebengkakan
· Keracunan makanan

Cara minum: sebelum sarapan pagi, titis 3 titik di bawah lidah. Kemam selama 2-3 minit. Telan dan minum air suam/biasa secawan. Setengah jam, jangan makan apa-apa makanan. Jangan minum kopi/the/ Nescafe dalam masa 2 jam selepas minum NONI. Sekali lagi pada waktu tengah hari dan malam.

PERINGATAN PENTING!
Pesakit yang sedang menerima rawatan doctor, jangan tinggalkan ubat doctor secara mengejut semasa mengambil produk NONI terutama bagi pesakit darah tinggi, jantung dan kencing manis. Kurangkan dos ubat mengikut nasihat doktor.

Thursday, February 12, 2009

kejayaan ku.....................



Penyertaan Aktiviti
Kokurikulum dan Sumbangan:

1. Peserta Terbaik Bengkel Batik Simfoni Kebudayaan dan Warisan Seni Batik anjuran Kelab Rakan Muda Petra Jaya di Sarawak Industrial Promotion And Exhibition Center (SIPEC) bertarikh 31 Disember 2008.
2. JOHAN Mencanting Batik Bengkel Batik Simfoni Kebudayaan dan Warisan Seni Batik anjuran Kelab Rakan Muda Petra Jaya di Sarawak Industrial Promotion And Exhibition Center (SIPEC) bertarikh 31 Disember 2008.
3. Penyertaan PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA Tahun 2007 (PLKN) bertempat di Bukit Saban Resort Betong.
4. Penyertaan Wilderness Adventure Program Langkawi pada 2-6 December 2005 bertempat di Pulau Tuba Langkawi. (wakil Sarawak)
5. Anugerah Khas Datuk Hj. Daud Bin Abdul Rahman atas pencapaian cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah 2007, Hari Pengiktirafan SMK Matang Jaya 2008.
6. Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum Bidang Kelab/Persatuan 2007, kategori individu Hari Pengiktirafan SMK Matang Jaya 2008
7. Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum Bidang Kelab/Persatuan 2007, kategori pasukan (PASUKAN BAHAS) Hari Pengiktirafan SMK Matang Jaya 2008
8. JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Zon Kuching 2005.
9. JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Zon Kuching 2006.
10. Tempat Ketiga Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2006.
11. JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Zon Kuching 2007.
12. NAIB JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2007.
13. JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Zon Kuching 2008.
14. PEMBAHAS TERBAIK Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Zon Kuching 2008.
15. NAIB JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2008.
16. Tempat ke-empat Pertandingan Pidato Piala Di Raja Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Kuching
17. Penyertaan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Kuching 2008 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, institut Perguruan Batu Lintang, Kuching.
18. Penyertaan Pertandingan Forum Remaja Peringkat zon Kuching 2005.
19. Ketua Pengawas SMK Matang Jaya 2005 (Ketua Pengawas Pertama)
20. Penyertaan Pesta Pantun peringkat zon kuching 2002-2006.
21. Timbalan Ketua Pengawas 2006
22. Pengawas Sekolah SMK Matang Jaya 2005 sehingga 2008
23. Presiden Kelab Seni dan Kebudayaan 2005 sehingga 2008
24. Ahli Pengakap Sekolah 1999 sehingga 2008
25. Kelana Matang Pengakap 2007-2008
26. Bertanggungjawab dalam mengendalikan Program Orentasi kemasukan Pelajar Ke SMK Matang Jaya 2005 sehingga 2008
27. Menggubal Carta Organisasi Dan Tugas Pengawas sesi ulung SMK Matang Jaya.
28. Penyelaras Lawatan Pengawas Ke Sibu, Bintulu dan Miri 2005.
29. Dan banyak lagi. (to be continue)

mengenali diriku............




Nama Fizz sebenar ialah MOHD. FIZREE BIN MONTOGOMARY. Fizz dilahirkan pada 03 Januari 1989 di Hospital Umum Sarawak. Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. fizz merupakan seorang yang "tak kenal maka tak cinta". Fizz bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli politik dan memimpin negara Malaysia. Berkecimpung dalam bidang pengacaraan dan penyiaran sejak berusia 10 tahun lagi. memulakan karier sebagai pengacara Pertandingan Bintang Kecil anjuran RTM Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak sehinggalah menjadi pengacara jemputan pelbagai rancangan kanak-kanak. Fizz juga sering diundang sebagai personaliti kecil dalam rancangan radio iaitu UNTUK MU ADIK-ADIK terbitan Syarifah Nadzrah, Sarawak FM. kerjaya dalam bidang pengacaraan dan penyiaran terhenti seketika kerana Fizz terpaksa melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah SMK Agama Matang, Kuching. bercerita mengenai peribadi Fizz, fizz adalah seorang yang tegas tetapi pemalu. Anak kepada pasangan Montogomary Montahar dan Zamkiah Ali ini, terlalu cerewet dalam memilih kawan.fizz suka kawan yang bersih peribadi dan menerima Fizz seadanya. perwatakan Fizz yang lemah lembut menyebabkan ramai yang cuba mendekati dan tidak kurang juga yang membenci.bercakap mengenai pendidikan pula, Fizz mula menjejak kaki ke sekolah pada 1996 iaitu di SK Gita Kuching (1 tahun), berpindah pula ke SK Matang Jaya pada 1997 sehingga 2001 dengan keputusan cemerlang.melanjutkan pelajaran ke SMK Agama Matang Kuching pada 2002 sehingga tahun 2004. disebabkan keputusan PMR yang tidak menggalakkan, Fizz telah berhijrah ke SMK Matang Jaya Kuching pada 2005 sehingga tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada 2008. Bakat yang dianugerah tuhan termasuk kerjasama berkumpulan telah memberi kejayaan kepada pasukan BAHAS SMK Matang Jaya yang turut disertai Fizz dengan menjadi JOHAN Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak selama 4 tahun berturut-turut(2005-2008) dan Naib Johan Peringkat Kebangsaan 2 tahun berturut-turut (2007-2008) sekaligus meletakkan pasukan Bahas SMK Matang Jaya merupakan pasukan yang hebat di rantau ini. bidang perundangan merupakan bidang yang menjadi kegemaran Fizz dan bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin yang berwibawa di peringkat antarabangsa. To be continue.........

coretan pertama ku.........


  1. Selamat sejahtera Fizz ucapkan kepada
    semua yang menyusuri blog Fizz ini. Dalam sejarah perjalanan hidup Fizz,
    inilah
    pertama kali Fizz membuat terjemahan berbentuk tulisan mengenai
    perjalanan hidup
    yang telah berlaku mahupun yang sedang berlaku ataupun
    yang
    akan berlaku dalam
    lipatan memori insan bernama Mohd. Fizree
    ini.
    Dengan
    adanya medium ini, Fizz
    dapat meluahkan segala macam
    perasaan
    Fizz untuk
    tatapan dan renungan kita
    bersama sebagai
    motivasi untuk diri
    Fizz agar
    lebih berjaya di masa depan. Itu
    sahaja yang ingin Fizz catat
    buat ulung
    kalinya. semoga berjumpa di
    lain waktu.
    keep in
    touch.