Wednesday, March 18, 2009

Jurufoto Perjelas Aksi Cium Kepala


KUALA LUMPUR, 18 MAC 2009: Pelbagai spekulasi telah berbangkit selepas tersiarnya artikel dan foto bertajuk 'Beginilah Kasihnya Seorang Sahabat' tulisan Murai Batu yang disiarkan portal hiburan ini mulai semalam.Ia membabitkan aksi 'ciuman mesra' pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril, di kepala rakannya, Qhaud. Aksi itu dirakamkan selepas sidang media pengumuman 20 calon pelajar AF7, di ibu negara, baru-baru ini. Jurufoto Astro, Mazlan Yunos (gambar atas), menjelaskan, aksi spontan dan lucu berlaku selepas dia meminta kesemua pelajar AF7 menunjukkan posing yang bertemakan 'Keakraban Seorang Sahabat'. "Jadi pada acara itu, mereka perlu mendapatkan seorang kawan untuk berposing dengan tema itu. Tahu sajalah, Aril itu memang seorang yang 'gila-gila'. Jadi dia secara berseloroh telah mencium kepala Ghaud dan itulah jadinya. Janganlah ada yang memandang serong dan berfikir bukan-bukan kerana di situ ada ramai saksi dan pelajar lain."Kita tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan ia sekadar suka-suka sahaja," jelasnya kepada murai.com.my, ketika dihubungi sebentar tadi. Bagi mengesahkan lagi perkara itu, Mazlan turut mengirimkan foto-foto lain yang menunjukkan aksi kelakar pelajar AF7 lain pada hari yang sama.Sementara itu, penulis gosip, Murai Batu turut memohon maaf kepada semua yang terbabit sekiranya foto itu telah menimbulkan sebarang spekulasi. Kata Murai Batu, ia sekadar untuk menunjukkan kemesraan yang terjalin antara pelajar kali ini dan tidak mempunyai sebarang agenda yang tersirat atau bertujuan menjatuhkan nama baik pelajar terbabit.

0 comments: