Wednesday, April 22, 2009

Datuk Siti Nurhaliza & 11 Selebriti lain Ubah Stigma Aids/HIV






Tengah hari semalam, bertempat di hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, telah dilancarkan ‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’. Dua belas selebriti telah menawarkan diri secara sukarela bagi membantu Malaysian Aids Council (MAC) dan Malaysian Aids Foundation (MAF) untuk memberi pendidikan tentang HIV/Aids serta kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang dihadapi penghidap Aids dan HIV.
Mereka adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Ayu (OIAM), Zainal Alam Kadir (personaliti Astro), Shah Shamshiri (online & interactive media, Media Prima), Fish Leong (penyanyi), Owen Yap (personaliti 8TV), Aanantha (DJ THR Ragaa), Uthayaa (DJ THR Ragaa & hos Astro). Ini adalah kali pertama satu usaha sebegini telah dianjurkan MAC dan MAF. Antara tanggungjawab para selebriti ini adalah membuat penampilan khas di acara-acara anjuran MAF/MAC, kunjungan ke rumah-rumah perlindungan dan menjadi jurucakap media untuk MAC dan MAF.
‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’ adalah satu usahama dengan YTL Group of Hotels, Media Prima Berhad, Astro dan Mami’s Tart.