Wednesday, April 29, 2009

Isteri Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia



KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka, Demak Jaya di Kuching, pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan.
Allahyarham berusia 68 tahun.

Monday, April 27, 2009

Minggu Teater Muzikal


Dalam Diari Akademi Fantasia hari pertama minggu kelapan yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, kita dapat melihat reaksi pelajar apabila mendapat tugasan untuk konsert minggu ini. Bersesuaian dengan latar belakang dan kekuatan Principal, minggu ini menyaksikan 6 pelajar ini duji dengan lagu-lagu dari teater muzikal yang pernah dipentaskan.
Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini
PELAJAR LELAKI
AKIM - TITAH SULTAN (PGL)
YAZID - RATU NOVELLA (IMPAK MAKSIMA)
HAFIZ - DIMANAKAN KU CARI GANTI (P.RAMLEE THE MUSICAL)
PELAJAR WANITA
ISMA - MULANYA CINTA (P.RAMLEE THE MUSICAL)
AISHAH - SLOT AKASIA (IMPAK MAKSIMA)
Claudia- Katakan (PGL)
LAGU BONUS
DEWA PERANG (PGL) & WHAT TIME IS IT (HIGH SCHOOL MUSICAL)
Kita telah melihat seorang demi seorang pelajar AF7 disingkirkan. Mereka cuba menonjolkan persembahan terbaik saban minggu, namun seolah-olah itu bukan faktor utama untuk kepada mereka terus kekal di Akademi. Segalanya bergantung kepada undian anda sebagai peminat yang menjadi juri dan penentu biasiswa mereka untuk berada terus di Akademi
Fizz: Pihak Astro berkata, "Teruskan AFUNDI kepada pelajar kegemaran anda! Undilah dengan bijak! ".......... sekarang nie slogan UNDILAH DENGAN BIJAK SUDAH TIDAK RELEVAN... Peminat mempunyai kuasa besar menjadi juri...... Peminat punya duit, peminat ada hak untuk undi sapa saja yang mereka suka tanpa mengira kebijaksanaan dalam mengundi yang benar2 berkualiti.. JADI, sepatutnya ASTRO laungkan "slogan undi saja siapa yang kita suka k"... JANGAN PULAK KALAU DAH TERSINGKIR<>AFUNDI AISHAH!!!!!!! jgn marah.... hahaha..... itukan HAK FIZZ... hahahah

Hafiz Cemerlang minggu ketujuh..........

Hafiz mengharungi hari-hari yang amat sukar sepanjang minggu lepas. Namun segalanya berbaloi setelah diumumkan sebagai Pelajar Cemerlang.



Saturday, April 25, 2009

Asia berjaga-jaga hadapi wabak selesema babi

TOKYO: Pihak kesihatan negara Asia mengambil langkah berjaga-jaga hari ini dengan sebilangan memeriksa penumpang dan produk babi dari Mexico ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus baru itu adalah situasi kecemasan kesihatan awam dan mungkin bertukar wabak sejagat.

Lapangan terbang Jepun meningkatkan pemantauan kesihatan manakala pihak kesihatan di Filipina mengatakan ia mungkin mengenakan kuarantin terhadap penumpang yang demam dan pernah ke Mexico. Pihak berkuasa di Thailand dan Hong Kong pula menyatakan mereka sedang memantau situasi semasa.
China menyatakan sesiapa yang mengalami simptom seperti selesema dalam tempoh dua minggu selepas tiba dari wilayah yang dijangkiti selesema babi diwajibkan melapor diri kepada pihak berkuasa. Malaysia dan negara Asia lain pula menyatakan masih menunggu nasihat lanjut WHO. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, berkata penularan virus baru itu di Amerika Utara adalah amat serius dan berpotensi bertukar wabak sejagat.
Sekurang-kurangnya 81 mati akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema.
Sebilangan yang mati itu memiliki versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata 11 orang dijangkiti selesema babi itu dan semua mereka kian pulih atau masih dirawat di hospital. - AP

Datuk Siti @ Minggu Setiausaha 2009











Aksi Aril peluk tenaga pengajar wanita undang kontroversi

PELAJAR 'favourite' Hairil Azam Pilus atau Aril, 24 atau Aril yang tersingkir pada konsert ketujuh konsert Akademi Fantasia ke-7 (AF) malam tadi mengundang beberapa kontroversi yang tidak dijangka.
Kontroversi yang lahir secara spontan dan tidak disedari itu berlaku apabila Aril dipeluk oleh setiap pengajar wanita dan disaksikan secara 'live' oleh semua di dewan dan di rumah.
Mungkin ianya satu aksi spontan yang lahir dari rasa sedih dan terkejut namun ia tetap dipandang tidak manis kerana perlakuan itu tidak wajar dilakukan secara publik.
Walaupun atas alasan hubungan sudah seperti sebuah keluarga, kewajaran aksi berpeluk itu tetapi dipersoalkan.
Maka cemuhan demi cemuhan dilahirkan terhadap perlakuan ini hinggakan mengaburi 'kesilapan' terdahulu Aril bermesra dengan Marsha.
Kemungkinan besar, apa yang dipaparkan di dalam Diari AF iaitu bibit-bibit kemesraan Aril dan Marsha, telah berjaya mempengaruhi peminat AF untuk tidak lagi memberi undi mereka kepada Aril. Ramai yang meluat dan tidak suka perkembangan terbaru ini.
Begitu juga kemesraan yang terjalin di antara seorang lagi pelajar bernama Akim dengan Marsha.
Namun Akim terselamat kerana kemesraan mereka tidak begitu 'menjolok mata' berbanding aksi Marsha menyapu ubat di halkum Aril, sambil disaksi oleh beberapa pelajar dan Cikgu Siti Hajar.
Tetapi mungkin juga 'sandiwara hebat' ini dirancang. Jika benar, pelan itu 'dirancang' oleh pihak produksi maka ianya boleh dianggap 'berjaya' - berjaya untuk mengujud dan membolehkan 'Afundi Masuk' dilakukan musim ini.
Dan tentu sekali, pelajar yang paling layak untuk mendapat 'talian hayat''Afundi Masuk' ini adalah Aril.
Lupakan saja niat untuk membawa masuk pelajar-pelajar lain seperti Zizi, Qhaud, Rubisa atau Sidi.
Sekadar dua, tiga minggu 'direhatkan' dari mengikuti pembelajaran di dalam akademi tidak akan meninggalkan kesan pada Aril yang ternyata jauh kehadapan dari rakan-rakannya yang lain.
Aril berada di satu situasi yang cukup selesa. Penyingkirannya membuat lebih ramai lagi memperkatakan tentang bakat besar yang dimilikkinya.
Ramai yang terkejut dengan penyingkiran Aril, tambahan personalitinya sudah mula diterima ramai. Sikap nakal dan lepas lakunya bukan dibuat-buat.
Itulah Aril yang sebenarnya. Mungkin ramai tidak senang dengan cara Aril berkomunikasi atau menunjuk kehebatannya membuat persembahan namun dia tetap menunjukkan peningkatan pembelajaran setiap minggu walaupun nampak seolah-olah dia paling selamba di dalam kelas.
Minggu ini, Aril telah memberi satu persembahan yang membanggakan dalam lagu 'Nakal', dari kumpulan Indonesia, Gigi.
Selain pujian yang diberikan oleh tenaga pengajar, tiga orang juri termasuk pengkritik Adlin Aman Ramlie yang terkenal dengan sikapnya yang tidak suka memuji itu, memberi komen positif.
Bagi Adlin, pakej yang ada pada Aril sudah hampir sempurna dan ke arah menjadi ikon yang ingin dicipta oleh AF7 musim ini. Samada kita yakin atau tidak, undian SMS telah 'memusnahkan' impian Aril untuk ke peringkat akhir AF nanti.
Apapun, 'kejutan' yang berlaku di konsert ketujuh memang menjadi. Terpaku peminat Aril di dalam Dewan Sri Putra, di Bukit Jalil, tenaga pengajar dan juri juga turut tergamam, begitu juga enam pelajar lain dan pengacara AC Mizal.
Selain sedih dan menitiskan airmata, ada yang kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Prinsipal Datin Seri Tiara Jacquelina juga tersentak dengan penyingkiran Aril.
"Kita tidak tahu apa yang pengundi mahukan...," komen seorang tenaga pengajar.
Rasanya, pihak produksi tentu lebih arif tentang kehendak dan kemahuan pengundi SMS. Kontroversi yang tercipta sedikit sebanyak akan menaikkan rating konsert AF7 kerana ramai akan ternanti-nanti apa lagi yang akan berlaku.
Bagi mereka yang sudah masak dengan drama dan kejutan AF, penyingkiran Aril adalah satu titik tolak petanda 'drama' AF sudah bermula. Dan untuk memastikan yang pelajar-pelajar kesayangan lain akan terselamat, mesej yang ingin disampaikan ialah "Jangan berlengah lagi....hantarkan SMS anda!"

Sumber... mstar.com.my

Fizz:MUNGKINKAH SOSIALITI ARIL MENJADI PUNCA ARIL TERSINGKIR??? MASYARAKAT LUAR LEBIH BIJAK MENILAI..

Aril Tersingkir: Hafiz dahului Carta pelajar konsert minggu ke-7..

Sorakan peminat mahupun pujian juri bagaikan tidak memberikan impak kepada undian penonton. Malah penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil seakan tergamam apabila AC Mizal selaku pengacara Konsert AF7 mengumumkan bahawa Aril adalah pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 7 setelah mendapat undian terendah seperti yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bin Pilus, 24 malam ini menyanyikan lagu Nakal nyanyian asal kumpulan Gigi. Pujian daripada pengkritik tetap Datuk Khatijah Ibrahim, Adibah Noor dan Adlin Aman Ramli gagal meraih undian penonton terhadap pelajar berbakat besar ini. Tiada siapa yang menyangka konsert ketujuh merupakan yang terakhir padanya yang menduduki tangga keempat sebelum konsert bermula

Selain Aril, konsert ketujuh malam ini menyaksikan peningkatan hampir kesemua pelajar lelaki terutama Yazid menerusi lagu berbahasa Inggeris, With Or Without You nyanyian asal U2 dan Akim yang menyanyikan lagu Situasi milik asal kumpulan Bunkface. Hafiz pula seperti biasa hebat dengan persembahan berunsurkan hip hop dengan lagu Kau yang Punya nyanyian asal Malique bersama Najwa



Namun, hampir kesemua pelajar wanita seolah-olah hilang fokus pada malam ini. Diakui juri, pelajar wanita bagaikan ada masalah lain yang dibawa ke pentas konsert ketujuh ini. Bermula dengan Claudia dengan lagu Avril Lavigne, When You're Gone, Aishah (Flora Cinta - Min Malik) sehinggalah peserta yang membuat persembahan terakhir malam ini, Isma menerusi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian asal Alyah
Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 24
YAZID - 19
HAFIZ – 14
ARIL - 12
AKIM - 11
CLAUDIA - 10
AISHAH - 10

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
HAFIZ - 17
ISMA - 17
AISHAH – 15
YAZID – 15
AKIM – 14
CLAUDIA - 11
ARIL – 11

Mengapa orang yang kita laungkan untuk disingkirkan semakin banyak undiannya??

GERAM BETUL!!!!!!!!
Luahkan perasaan anda!!!!

Get your own Poll!

Khas untuk My Friend!! PETUA CINTA JARAK JAOH...... An Tarantino..


Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

Namun bukan juga menjadi masalah jika kekasih anda jauh dari pandangan mata..


ikuti tips ini...........


Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.


Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?


Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.


Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.


Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Penyingkiran Aril Cukup Mengejutkan!: Di mana peminat Aril??


KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2009: Seluruh penonton di dalam Dewan Sri Putra di Bukit Jalil tergamam seketika apabila mendengar pengumuman pelajar favourite, Hairil Azam Pilus atau Aril, 24, telah tersingkir daripada Akademi Fantasia 7 (AF7), sebentar tadi.Bukan sahaja penyokong Aril yang popular dengan tagline 'WOK' tetapi barisan tenaga pengajar serta pengkritik juga terkejut dengan keputusan itu kerana persembahan Aril cukup hebat dan bertenaga apabila menyanyikan lagu kumpulan Gigi, Nakal.

Mendengar keputusan hos AC Mizal yang turut menangis dan memeluk Aril itu, Cikgu Siti Hajar Ismail terus menitiskan air mata manakala pengkritik Adlin Aman Ramli, Dato' Khaty serta Abidah Noor, kelihatan menggeleng-gelengkan kepala mereka.


Sehingga siaran langsung konsert itu selesai pun, ramai penonton tidak berganjak daripada tempat duduk mereka dan masih tertanya-tanya apakah yang telah berlaku. Adakah ia berpunca daripada sikap Aril yang dilihat dalam Diari AF atau disebabkan kehadiran Marsha yang kelihatan intim dengan Aril di dalam akademi?Apapun puncanya, yang jelas itulah keputusan muktamad penonton Af7 malam tadi yang pastinya mengecewakan ramai peminat Aril.

Dari segi persembahan, pelajar malam tadi terutama lelaki memberikan showmanship yang menarik. Persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Yazid (With Or Without You/U2), Hafiz (Kau Yang Punya/Malique & Najwa) dan Akim (Situasi/Bunkface).Manakala persembahan pelajar wanita pula ialah Claudia (When You’re Gone/ Avril Lavigne), Aishah (Flora Cinta/Min Malik) dan Isma (Tak Mungkin Kerana Sayang/Alyah).

Selain lagu-lagu terbaru, konsert minggu ke-7 itu menyelitkan nostalgia buat penonton terutama kerana mempersembahkan nyanyian berkumpulan semua pelajar menerusi lagu Fiona (4U2C) dan Untukmu (Feminin).

Dengan penyingkiran Aril maka tinggal 6 lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan sebagai juara AF7.

Thursday, April 23, 2009

Galeri Foto


Ini adalah foto-foto Datuk Siti ketika rakaman rancangan Afdlin Syauki baru-baru ini..
untuk gambar-gambar lain dan info-infi terkini serta perjalanan seni Datuk Siti, sila kunjungi
SITIZONE.com

Wednesday, April 22, 2009

Galeri foto: Minggu Setiausaha bersama Datuk Siti Nurhaliza


Penyanyi wanita popular ini menjayakan persembahan dengan 10 buah lagu hits pada 22 April 2009 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.
MESRA... Datuk Siti Nurhaliza amat dekat di hati semua orang kerana keramahannya


JELITA... Keanggunan penyanyi wanita popular ini begitu menyerlah.

TERSOHOR... Datuk Siti Nurhaliza memberikan persembahan menarik dengan bantuan ‘live band’ oleh pengarah muzik, Jenny Chin dan lima hingga enam penari -








Pengacara majlis, Dee.

NAKAL... Adanya Dee berlawak, otot-otot pipi dapat `bersenam' (kerana asyik tersenyum). -

LUCU... Aksi penglipur lara, Dee menyebabkan semua tetamu Minggu Setiausaha ini ketawa terbahak-bahak.





Datuk Siti Nurhaliza & 11 Selebriti lain Ubah Stigma Aids/HIV






Tengah hari semalam, bertempat di hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, telah dilancarkan ‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’. Dua belas selebriti telah menawarkan diri secara sukarela bagi membantu Malaysian Aids Council (MAC) dan Malaysian Aids Foundation (MAF) untuk memberi pendidikan tentang HIV/Aids serta kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang dihadapi penghidap Aids dan HIV.
Mereka adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Ayu (OIAM), Zainal Alam Kadir (personaliti Astro), Shah Shamshiri (online & interactive media, Media Prima), Fish Leong (penyanyi), Owen Yap (personaliti 8TV), Aanantha (DJ THR Ragaa), Uthayaa (DJ THR Ragaa & hos Astro). Ini adalah kali pertama satu usaha sebegini telah dianjurkan MAC dan MAF. Antara tanggungjawab para selebriti ini adalah membuat penampilan khas di acara-acara anjuran MAF/MAC, kunjungan ke rumah-rumah perlindungan dan menjadi jurucakap media untuk MAC dan MAF.
‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’ adalah satu usahama dengan YTL Group of Hotels, Media Prima Berhad, Astro dan Mami’s Tart.

Galer Foto: Minggu Setiausaha anjuran Hotel Istana dan Lord's Tailor

Seramai 20 selebriti tanahair dan Indonesia diundang menyerikan majlis tersebut yang berlangsung di Hotel Istana, hari ini (22 April 2009). Turut membuat persembahan ialah Jaclyn Victor, Azharina dan Siti Sarah.