Sorakan peminat mahupun pujian juri bagaikan tidak memberikan impak kepada undian penonton. Malah penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil seakan tergamam apabila AC Mizal selaku pengacara Konsert AF7 mengumumkan bahawa Aril adalah pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 7 setelah mendapat undian terendah seperti yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bin Pilus, 24 malam ini menyanyikan lagu Nakal nyanyian asal kumpulan Gigi. Pujian daripada pengkritik tetap Datuk Khatijah Ibrahim, Adibah Noor dan Adlin Aman Ramli gagal meraih undian penonton terhadap pelajar berbakat besar ini. Tiada siapa yang menyangka konsert ketujuh merupakan yang terakhir padanya yang menduduki tangga keempat sebelum konsert bermula
Selain Aril, konsert ketujuh malam ini menyaksikan peningkatan hampir kesemua pelajar lelaki terutama Yazid menerusi lagu berbahasa Inggeris, With Or Without You nyanyian asal U2 dan Akim yang menyanyikan lagu Situasi milik asal kumpulan Bunkface. Hafiz pula seperti biasa hebat dengan persembahan berunsurkan hip hop dengan lagu Kau yang Punya nyanyian asal Malique bersama Najwa
Namun, hampir kesemua pelajar wanita seolah-olah hilang fokus pada malam ini. Diakui juri, pelajar wanita bagaikan ada masalah lain yang dibawa ke pentas konsert ketujuh ini. Bermula dengan Claudia dengan lagu Avril Lavigne, When You're Gone, Aishah (Flora Cinta - Min Malik) sehinggalah peserta yang membuat persembahan terakhir malam ini, Isma menerusi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian asal Alyah
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
HAFIZ - 17
ISMA - 17
AISHAH – 15
YAZID – 15
AKIM – 14
CLAUDIA - 11
ARIL – 11
2 comments:
HAI FIZZ, apa khabar. lama kak ida tak singgah, tp takpe sekali singgah terus bc 2, 3 entri sekaligus.. hehe.. spt biasa blog fizz penuh dgn informasi... hehe... akak suka!! tq dik.
alarr akak nieeeeee...........
biasalah... mcm xkenal fizz... hehee
Post a Comment