Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2009: Kejutan berlaku pada konsert minggu keempat Akademi Fantasia 7 (AF7) malam tadi apabila 2 pelajar perempuan - Zizi dan Rubisa - tersingkir sama seperti dua penyingkiran (Rini & Obri) yang terjadi pada minggu lalu.
Zizi yang mempertaruhkan lagu Aku Dah Bosan dan Rubisa (Tiada Lagi) seolah-olah terkena 'badi' lagu yang mereka persembahkan walaupun masing-masing memberikan persembahan yang tidak kurang hebatnya. Malah Zizi membuat gimik persembahan dengan membonceng motosikal berkuasa besar.
Sebelum itu, Qhaud yang turut mendapat undian 3 tempat terbawah juga dipanggil ke depan oleh hos AC Mizal tetapi nyata nasib masih menyebelahinya. Malam tadi Qhaud terpaksa menyanyikan lagu Di Taman Teman sebanyak 2 kali atas sebab teknikal dan nyanyian kedua menyaksikan dia terlupa banyak lirik.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini menampilkan kelainan menerusi tema persembahan di mana pelajar telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu nyanyian Dato' Siti dan Amy Search. Sebagai kelainan, kesemua pelajar lelaki tampil membawakan lagu Dato Siti, manakala pelajar perempuan pula mendendangkan lagu Amy. Namun mereka yang telah membuat persembahan dengan cemerlang adalah Claudia, Isma, Akim dan Hafiz.
Persembahan pelajar lelaki lain malam tadi adalah Hafiz (Cinta Ini), Akim (Destinasi Cinta), Yazid (Aku Cinta Padamu), serta Aril (Lakaran Kehidupan). Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Suralaya Dalam D Major), Aishah (Mentari Merah Di Ufuk Timur) dan Isma (Kerja Gila). Lagu bonus, Isabella dan Jerat Percintaan, berjaya disampaikan dengan mantap oleh kesemua mereka. Dengan penyingkiran Zizi dan Rubisa itu, bermakna tinggal 9 lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato' Siti dan Amy sendiri.
Konsert malam tadi turut mencetuskan suasana panas apabila 2 tenaga pengajar mencapai mikrofon dan bangun membidas kenyataan pengkritik. Mereka adalah Cikgu Fatimah Abu Bakar yang menegaskan bahawa AF7 bukan sekadar pertandingan nyanyian semata-mata, sebaliknya turut menitikberatkan corak persembahan selain vokal.Cikgu Siti Hajar pula berkata, pemilihan lagu-lagu malam tadi bukanlah pilihan pelajar terbabit namun ditetapkan oleh pihak produksi sebagai satu cabaran kepada mereka.
4 comments:
FIZZ !!!
awak kna TAG!! Jawab k...
:D
yup........
byk entry pasal af7 yea... bagus jugak.. boleh k.ida layan sekali.. hehe...thanks fizz. jgn lupa sahut cabaran tag k.ida yea...
fizz...kamu di tagged!
Post a Comment