Saturday, April 18, 2009

YES!!!!!!!!!!!! Akhirnya tersungkur di sudut penyingkiran..

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2009: Nasib tidak berpihak kepada Qhaud atau Mohd Qhauhd Bin Abdul Rashid apabila dia menjadi pelajar yang tersingkir dalam konsert minggu keenam Akademi Fantasia Musim 7 (AF7), di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi. Membawakan lagu Seruan bersama kumpulan Lethanded, penyingkiran Qhaud telah diumumkan AC Mizal selaku hos selepas pelajar yang berasal dari Selangor itu menerima jumlah undian paling terendah menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton. Persembahan Qhaud pada malam ini bagaimanapun telah mendapat pujian daripada pengkritik tetapi nyata sudah terlambat untuk meraih undian penonton. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ini adalah persembahan terbaiknya setakat ini.
Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini sekali lagi menampilkan kelainan di mana pelajartelah diberikan tugasan untuk membawakan lagu daripada band muzik yang popular di Malaysia dan Indonesia iaitu Lefthanded, Estranged, Kristal serta Cokelat. Sebagai kelainan, kesemua pelajar pada kali ini turut membuat persembahan dengan iringan band muzik itu sendiri. Menariknya, mereka turut diuji untuk berkomunikasi dengan penonton. Persembahan pelajar lelaki malam tadi termasuklah Hafiz (Resam Pak Belalang/Kristal), Akim (Aurora/Estranged), Yazid (Ku Dihalaman Rindu/Lefthanded) serta Aril (Yang Pernah/Estranged). Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Keindahan Pantai/Kristal), Aishah (Segitiga/Cokelat), Isma (Salah/Cokelat). Lagu bonus adalah I Want To Break Free (Queen) dan What I've Done (Linkin Park).

Dengan penyingkiran Qhaud itu, bermakna tinggal 7 lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas pada minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato' Khadijah Ibrahim.
SEBENARNYA, Fizz xsuka Qhaud.. Alhamdulillah dia terkeluar.. dia banyak kontrol jew.. macam buat2 jew manis..
PENGAJARANNYA... JANGAN MANIS GILAK... JANGAN SOK SUCI K...hahhaaa.. dah Fizz xsuka, nak buat camner?? inikan ruang untuk fizz luahkan perasaan & pendapat.. hehhe

3 comments:

AkuAyie said...

bye2 Qhaud... haha

i_mar4ever said...

qhaud x best,,hehe,,,ktk ada ym x>

Fieyt Cliffe said...

qhaud dah bagi yg terbaik smlm
dia keluar dgn bermaruah
good luck qhaud :)

btw,
org kuching yea?
bleh je jadi pmandu plancong
percuma je kan? :P