Saturday, April 25, 2009

Asia berjaga-jaga hadapi wabak selesema babi

TOKYO: Pihak kesihatan negara Asia mengambil langkah berjaga-jaga hari ini dengan sebilangan memeriksa penumpang dan produk babi dari Mexico ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus baru itu adalah situasi kecemasan kesihatan awam dan mungkin bertukar wabak sejagat.

Lapangan terbang Jepun meningkatkan pemantauan kesihatan manakala pihak kesihatan di Filipina mengatakan ia mungkin mengenakan kuarantin terhadap penumpang yang demam dan pernah ke Mexico. Pihak berkuasa di Thailand dan Hong Kong pula menyatakan mereka sedang memantau situasi semasa.
China menyatakan sesiapa yang mengalami simptom seperti selesema dalam tempoh dua minggu selepas tiba dari wilayah yang dijangkiti selesema babi diwajibkan melapor diri kepada pihak berkuasa. Malaysia dan negara Asia lain pula menyatakan masih menunggu nasihat lanjut WHO. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, berkata penularan virus baru itu di Amerika Utara adalah amat serius dan berpotensi bertukar wabak sejagat.
Sekurang-kurangnya 81 mati akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema.
Sebilangan yang mati itu memiliki versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata 11 orang dijangkiti selesema babi itu dan semua mereka kian pulih atau masih dirawat di hospital. - AP

0 comments: